CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, February 12, 2009

My wedding!!

Since semalam aku asyik cite pasal wedding jerkan. Hari nie tiba-tiba aku teringat zaman wedding aku plak...Pada bulan itu dan masa itu aku rasakan aku lah manusia yang paling bahagia sekali...hehehehe..:). Aku rasa semua org pun rasa mcm tu kan. Aku telah menamatkan zaman bujang ku pada bulan Julai 2005. Aku rasa pada bulan itu ..mmg bulan aku..dr awal bulan sampai lah hujung bulan..setiap hujung minggu majlis kenduri kendara aku yang punya. Bak kata org ada je makan preee....:). Aku rasa tak pernah di buat org bersanding sampai 4 kali. Kalau korang nak tahu kenapa aku bersanding sebanyak 4 kali. Mari aku pendek kan story..

Aku mulakan dengan cite aku bersanding di rumah mak aku sendiri di Kajang. Aku nikah di Masjid di Pekan Kajang. Nama masjid tu aku dah lupa da...;). Di rumah mak aku..aku memilih tema warna soft pink..sbb it is my favourite colour. Masa nikah aku memilih warna tema off white..putih ala-ala nak cream skit gitu.

Nie gambar aku masa nikah

Selepas majlis akad nikah di sebelah pagi, aku sibuk pula dgn sessi shoots photo dgn gaya 3 jenis pakaian. Selepas tu baru majlis persandingan di sebelah tghari.

Gaya ala korean

gaya ala vietnames

gaya ala hindustan

dr kiri: bapa tiri aku dan yang sebelah aku pasti mama tercinta ku

Minggu selepas itu pula merupakan majlis bertandang di rumah keluarga lelaki pula..Hubby ku memilih tema warna baby blue. Itu warna favourite hubby kan..kita ikut jer...

dari kiri: adik (no.3) kembar , mak mertua aku, adik pompuan yang bongsu & adik (no.2) kembar

Pasti semua tertanya-tanya kan..mana bapa hubby ku. Bapa hubby aku dah lama meninggal dunia kerna sakit jantung. Aku sendiri tak sempat nak berkenalan dgn arwah bapa mertua ku...:(. Setelah tamat majlis bertandang di rumah keluarga lelaki..majlis wedding aku belum tamat lagi..sbb bapa ku sendiri pula inginkan aku bersanding di rumah dia pula..jadi aku terpaksa bersanding lagi buat ke-3 kali nya. Majlis tersebut di adakan pada minggu yang ke-3 pula.Di majlis wedding di rumah bapa ku..aku memilih tema warna merah maroon..pun warna favourite aku.

dari kiri: mak tiri aku dan yang kanan pasti ayahanda tercintaku

Yang pasti majlis penutup segala majlis..adalah majlis makan malam aku yang terakhir di sebuah dewan di TTDI. Majlis ini merupakan majlis formal. Majlis ini memang tertutup utk ahli keluarga terdekat, sahabat handai yang rapat dan org-org VIP ayahanda aku. Untuk penutup aku memilih warna peach. Soft peach juga.

Masa nie di holding room. Bersama tetamu VIP. Dari kiri: Y.Bhg Datuk Haron Siraj & Isteri merupakan bekas CEO (MPOC) a.k.a x-boss akulah kan danY.Bhg Dato' Mamat Salleh merupakan CEO MPOA a.k.a best friend ayahanda aku. Barisan depan semua anak-anak my aunties & uncles and my only step sister.

Memandangkan majlis ini formal. Tenaga kerja mmg amat di perlukan. Jadi ini semua merupakan org-org kuat pada malam majlis. Tanpa mrk mahu tunggang langgang majlis aku kan. Berterima kasih banyak-banyak pada mereka semua.

aku bersama keluarga ayahanda tercinta

Memotong kek sbg penutup majlis..:)

Shoots photo beramai-ramai sebelum pulang

Aku masih teringat lagi. Majlis makan mlm ini tamat jam 12 mlm. Beberapa hari selepas majlis ini aku jatuh sakit..kena demam panas. Siap admitted lagi di hospital selama 4 hari..suspected denggi tp alhamdullilah it was negative. Doctor kata aku terlalu kepenatan dan stress. Sebulan selepas itu ..aku di sahkan mengandungkan Trisyia...:).

Camna plak dgn kisah majlis perkahwinan member-member ku semua. Aku nak tahu juga???..:)

11 comments:

eija28 said...

eija suke tgk yg ikka pakai baju songket maroon tu...cantekkkk!!!

Mimi said...

Ikka...guess what??
Kita punya majlis kt tempat yg samala..Hall TTDI tu...hihih..
Bulan pun sama, tahun pun sama..hihih...July 2005..mine was 23rd July 2005 Sabtu (siang)..yours berapa h/bulan?

Ciklinn said...

alahai sonok aku baca ikka... satu persatu tanpa tinggal satu perkataan pun tau..hahahhaha

byk giler tmpt bersanding mesti letih kan......yg pasti baju2 pengantin tu semua2 cantikkk pelamin pun camtu gak...

Sham Ummi Echa said...

fuiyohhh.. 4x ko brsanding ikka.. mmg kelllasss tau..kalah artis.. apa salahnya kan.. bkn salu pon.. n majlis tu la yg akan kita kenang smpai bila2.. cntik2 sumer baju pengantin..pelamin pon kellass gak.. pndai ko pilih..

Anonymous said...

uiks... ikka.. lawo ang masa kawin lu.. ni teringat kenangan kawin ker since skang ni musim kawin.. hehehe
sama la aku lu pun kawin caler maroon... suka caler tuh...
cantik pelamin tuh.. aku kawin buat kat umah jer... heheheh

Su Hana said...

4 kali tu ikka...syoknya... aku sekali je naik pelamin..kt umah en abu x buat pun... ayah dia br meninggal masa tu..aku pun x sempat kenal rapat ngan FIL... kenal2 gitu je la.. tp beliau seorg yg sgt baik..

aku suka semua baju n kaler ko..hehehe..lawo..

☆ lieya latif ☆ said...

meriah betul wedding ikka...happening n boleh dikatakan grand jugak...suke lieya tgk konsep pelamin tu.....cantik sangat.....

comel le ko pakai baju vietnam tu...

bace cite ikka ni, tetibe lieya teringat mase lieya kawin dulu....hi hi hi hi

Hirda Ibrahim said...

ikk,
memang penat 4x sanding tu.
aku yg sanding 2x, 2 hari straight ni pun penat yg amat...hehehe..

ikka, my fave baju, yg maroon tu. sebijik cam wedding aku kat belah hubby...

ikka, adik tiri ikka belah mak ada x? kalu ada sure cute/ensem coz mix. :)

Erna said...

Hi ikka, x tahu pun awak ada blog, patutlah masuk fp awak 'senyap' je hehehe...

Amboi meriahnya majlis kawen awak....tengok pelamin pink tu, teringat pelaminku yg berwarna pink gak....hhehehe

Bapa tiri awak mat saleh ye??

Puan Iza said...

Wah! 4 kali baik pelamin ko ikka...cayalah, mesti penat giler kan....

Meriah tul la ko punya weeding nie...baju pun byk2 tuka2....

mrs khairul said...

ikka!! giler GRAND ko nya wedding..cayalah. 4 kali tuh...cantik ah ko solek masa kawen tuh..tp real life pun mmg cantik kan..hhhehe..

weh ikka gamba pakai pelbagai jenis baju tu kat umah?? mesti sonok kan sbb org lain dok tgk kita jek..niza dulu wat kat studio jek..just 4 of us..so xdelah malu sgt..lgpun pakai bj sexy2..auw..i x biasa u...ahhahahaha